Aluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

    Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu tahun 2015 ini dapat diadakan. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada MSKPP Daerah Kemaman kerana telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Pesta PSKPP Terengganu tahun ini. 

     Penganjuran Pesta PSKPP Terengganu ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim malah dapat menerapkan nilai-nilai murni serta meningkatkan daya saing yang sihat dalam kalangan warga pendidik serta bersesuaian dengan slogan “PADU SETIA”. Selain itu, aktiviti sukan dapat melahirkan warga pendidik yang sihat dari segi fizikal dan mental. Di samping itu, warga pendidik juga akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang pelbagai kebudayaan yang terdapat di Malaysia. 

    Saya berkeyakinan bahawa pesta kali ini akan memberi pengertian yang besar kepada para guru dan kakitangan pendidikan dari seluruh negeri Terengganu. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini khususnya jawatankuasa pengelola, para dermawan dan semua peserta yang mengambil bahagian dalam pesta ini. 

Sekian, terima kasih.


‘PADU SETIA’

 “Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, P.J.C., P.J.K.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu